21.05.2025

AG Nutrition Raikan Kecemerlangan Kepimpinan

di Grand Elite Preview 2025

KUALA LUMPUR, 21 Mei 2025 – AG Nutrition International sekali lagi berjaya menganjurkan acara Grand Elite Preview (GEP) dengan penuh gilang-gemilang pada hari Rabu lalu bertempat di Dewan Teater, Lembaga Getah Malaysia. Program ini menghimpunkan para pemimpin hebat, usahawan AG, dan tetamu jemputan khas bagi sesi pendedahan peluang perniagaan, inspirasi kejayaan, serta hala tuju masa depan syarikat.

GEP adalah sebahagian daripada usaha berterusan AG Nutrition untuk membina komuniti niaga yang kukuh, berilmu dan berdaya saing. Ia turut memberi ruang untuk menghargai individu yang menunjukkan prestasi cemerlang serta semangat kepimpinan yang luar biasa.

Majlis Penyampaian Sijil Silver Coach

Antara detik kemuncak dalam GEP kali ini adalah Majlis Penyampaian Sijil Silver Coach AG Academy bagi sesi Jun – Disember 2025. Seramai 10 pemimpin terpilih telah dianugerahkan pengiktirafan ini sebagai tanda kejayaan mereka dalam membimbing, memberi inspirasi, dan menyokong pertumbuhan kumpulan masing-masing.

Senarai Silver Coach AG Academy:

  • Noor Aidilana Marji

  • Shayful Ezmar Abd Rashid

  • Nur Azuin Amran

  • Muhammad Asyraf Fazmi

  • Hasnaliza Hussain

  • Riz Amin

  • Suris Mani A/L Naidu

  • Mazni Asari

  • Rosilawati Salikon

  • Sanisah Darus

Penyampaian sijil ini turut disaksikan oleh lebih 300 orang hadirin, dan menjadi bukti bahawa AG Academy terus melahirkan pemimpin yang bersedia memimpin dengan ilmu, sistem dan semangat pasukan.

Inspirasi dan Perkongsian Kepimpinan

Selain penyampaian sijil, peserta juga disajikan dengan sesi pembentangan produk, perkongsian roadmap bisnes, serta testimoni sebenar dari mereka yang berjaya dalam AG Nutrition.

Sebagai penutup acara, Pengasas Bersama & CEO AG Nutrition, Tuan Hafiz Salleh dan Tuan Faiz Salleh, turut menyampaikan ucapan penghargaan kepada semua yang hadir.

“Kami amat berterima kasih kepada semua ahli yang terus setia bersama AG Nutrition. Percayalah pada kami, percayalah pada syarikat ini – insyaAllah kita akan terus mara bersama,” kata Tuan Hafiz.

Tuan Faiz pula menambah, “Kejayaan tak boleh dicapai seorang diri. Kita kena bantu pasukan untuk berjaya. Itulah kualiti seorang pemimpin sebenar.”

Langkah Seterusnya

Dengan semangat yang berkobar-kobar, para peserta pulang dari GEP kali ini dengan azam baru untuk terus melangkah lebih jauh bersama AG Nutrition. Acara ini sekali lagi membuktikan komitmen AG dalam misi "Transforming People" — bukan saja dari segi kesihatan dan pendapatan, tetapi juga dalam pembangunan diri dan kepimpinan.

Tentang AG Academy
AG Academy ialah platform latihan dan pembangunan di bawah AG Nutrition. Melalui program latihan, pengiktirafan seperti Silver Coach, serta bimbingan berterusan — AG Academy melahirkan pemimpin berkualiti tinggi dalam dunia pemasaran rangkaian.