24.05.2025

AG Nutrition Perkasa Usahawan

di Grand Elite Preview 2025

KUALA LUMPUR, 24 Mei 2025 – AG Nutrition International berjaya menganjurkan Exclusive Product Workshop (EPW) pada hari Sabtu lepas bertempat di Plaza Vads, TTDI. Bengkel ini menghimpunkan para usahawan, ahli baru dan pengguna setia dalam satu sesi yang padat dan praktikal—bertujuan untuk kukuhkan ilmu produk, tingkatkan keyakinan, dan bantu kembangkan bisnes.

Program ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan AG Nutrition untuk bagi sokongan dari segi ilmu dan semangat keusahawanan. Sepanjang bengkel, peserta disajikan dengan demo produk secara langsung, testimoni pengguna sebenar dan perkongsian ilmu bisnes yang sangat berguna.

Kuasa 13 Produk Premium

Peserta didedahkan dengan kelebihan, manfaat dan point unik bagi 13 produk utama AG Nutrition, termasuk:

  • AG Cera

  • AG Broc

  • AG Rosse

  • AG Fibree

  • AG Coffee

  • AG MEXX Coffee

  • AG Kids

  • AG Beauty GIVAGLOW Facial Cleanser

  • AG Beauty GIVAGLOW Face Mis

  • AG Beauty GIVAGLOW Serum

  • AG Beauty GIVAGLOW Moisturizer

  • AG Leanz

  • AG Choco+ (produk terbaru)

Setiap sesi jadi lebih bermakna dengan demo produk secara langsung, perkongsian pengalaman pengguna sebenar, dan sesi soal jawab bersama pakar produk dari AG Nutrition sendiri.

Ilmu Produk Untuk Kembangkan Bisnes

Sepanjang bengkel, peserta diajar macam mana nak guna ilmu produk dengan betul untuk yakinkan pelanggan, tingkatkan jualan dan bantu team untuk duplicate strategi yang sama. Turut dikongsikan, cara jana pendapatan konsisten dan bina bisnes yang mampan melalui pendekatan berasaskan produk.

Langkah Seterusnya: Terus Beri Impak

AG Nutrition akan terus sokong komuniti dengan lebih banyak program latihan dan bengkel macam ni di seluruh negara. Matlamatnya jelas—nak pastikan setiap ahli bersedia dari segi ilmu dan mindset untuk terus berjaya dalam pasaran kesihatan yang makin berkembang.

Bersama, Kita Naik Ke Puncak Kejayaan

AG Nutrition komited untuk bina komuniti usahawan yang lebih yakin, berilmu dan berdaya saing. Dengan gabungan inovasi, pendidikan dan tujuan yang jelas, kami akan terus bawa semua ahli mara ke depan. Perjalanan masih jauh—dan kita akan terus melangkah, bersama-sama.