26.07.2025
AG NUTRITION CETUS SEMANGAT USAHAWAN
di Road to Success Batch 3
PETALING JAYA, 26 Julai 2025 – AG Nutrition International teruskan perjalanan luar biasa dalam membina usahawan global menerusi Road to Success Batch 3 yang berlangsung di M World Hotel, Bandar Utama. Sambungan daripada Batch 1 dan Batch 2, sesi kali ini bawakan strategi yang lebih mendalam, panduan praktikal, dan semangat baru untuk lonjakkan bisnes ke tahap seterusnya.
Program ni dirangka untuk tajamkan hala tuju bisnes, tingkatkan pemahaman tentang produk, dan lengkapi peserta dengan mindset serta alat bantu untuk berjaya dalam pasaran sekarang.