11.03.2025
AG Nutrition International Menyantuni Anak-Anak Yatim
Rumah Kasih Harmoni

Paya Jaras, 10 Mac 2025 – AG Nutrition International terus komited dalam usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan mengadakan Program Sumbangan Anak-Anak Yatim Rumah Kasih Harmoni. Program ini bertujuan untuk menyantuni anak-anak yatim serta memberikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan.
Program yang berlangsung di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, ini telah dihadiri oleh barisan kepimpinan tertinggi AG Nutrition International, termasuk: YBhg. Dato' Iskandar Halim (Pengerusi Syarikat) dan En. Hafiz Salleh (Pengasas Syarikat).