05.08.2025

AG NUTRITION CETUS MOMENTUM DIGITAL DI FINANCIAL TRANSFORMATION 4.0

Di Mozambique

MAPUTO, 2 Ogos 2025 – AG Nutrition International mencipta satu lagi langkah besar menerusi kejayaan program Financial Transformation 4.0 di Mozambique. Bertempat di Gloria Hotel yang cukup terkenal di Maputo, program ini menarik penyertaan yang penuh semangat daripada individu yang berazam untuk ubah masa depan mereka melalui celik kewangan dan digital.

Penuh Semangat & Matlamat
Sambutan yang diterima sangat luar biasa. Setiap ruang dipenuhi dan suasana begitu hidup dengan peserta yang bersemangat tinggi. Kehadiran yang ramai ni membuktikan betapa tingginya minat terhadap peluang digital dan inovasi bisnes dalam kalangan masyarakat Mozambique.

Empower Afrika Dengan Ilmu Digital & Kewangan
Program sepanjang hari ini fokus kepada cara fikir baharu dalam ekonomi digital dan strategi untuk capai pertumbuhan kewangan serta ketahanan dalam keusahawanan. Ia jadi platform berimpak tinggi untuk mereka yang nak ubah nasib dan jadi peneraju dalam dunia yang makin dipacu teknologi.

Visi Pengasas Yang Bawa Inspirasi
Kemunculan eksklusif daripada Pengasas Bersama AG Nutrition, En. Hafiz Salleh dan En. Faiz Salleh beri inspirasi mendalam. Visi mereka tegaskan komitmen jangka panjang untuk bawa perubahan positif dalam komuniti melalui inovasi dan keusahawanan lestari.

Suara Antarabangsa Bawa Perubahan
Turut memeriahkan pentas, beberapa penceramah antarabangsa berpengaruh:

  • Nicholus Bangirana (Duta, Uganda)

  • Tumayine Innocent (Bintang Baru, Rwanda)

  • Dario Camal (Pemimpin & Diplomat, Mozambique)

  • Olivio Kwizera (Pemimpin, Rwanda)

Satu Gerakan ke Arah Masa Depan
Sepanjang program, suasananya penuh tenaga dan inspirasi. Peserta pulang dengan ilmu dan tindakan jelas untuk mulakan perubahan. Financial Transformation 4.0 bukan sekadar program—ia satu permulaan kepada gelombang perubahan ekonomi dan kepimpinan di Afrika.

📸 LIHAT GAMBAR DISINI
📖 BACA ARTIKEL LAIN DISINI