11.03.2026

SENTUHAN KASIH RAYA BAWA KEGEMBIRAAN KEPADA ANAK YATIM

Di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, 11 Mac 2026 โ€“ AG Foundation, di bawah AG Nutrition International, telah menganjurkan program Sentuhan Kasih Raya untuk berkongsi kegembiraan bersama anak anak dari Rumah Anak Yatim Kasih Murni. Program ini diadakan di Jakel Kuala Lumpur bersempena bulan Ramadan, bagi membantu anak anak ini membuat persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Inisiatif ini bertujuan berkongsi kegembiraan, kasih sayang dan menceriakan suasana menjelang Raya.

Program ini dijalankan dengan kerjasama PPZ MAIWP (Pusat Pungutan Zakat MAIWP). Antara tetamu yang hadir ialah YBhg. Datoโ€™ Iskandar Halim bin Hj Sulaiman, Chairman AG Nutrition, bersama Mohd Hafiz Salleh dan Mohd Faiz Salleh, Founder AG Nutrition. Turut hadir ialah Tn. Haji Mohd Hakemal Husain, Penolong Pengurus Besar Operasi Wakalah, Kaunter dan Pemasaran Khas PPZ MAIWP, serta Puan Rohana, Pengetua Rumah Anak Yatim Kasih Murni.

SOROTAN PROGRAM

Sebanyak RM8,750 daripada Dana Wakalah Zakat AG Nutrition telah disalurkan untuk program ini. Sumbangan yang diberikan termasuk:

โ€ข Set pakaian Raya untuk anak anak membuat persiapan Hari Raya Aidilfitri
โ€ข Duit Raya bagi berkongsi kegembiraan sempena sambutan Raya

Anak anak juga berpeluang menikmati pengalaman membeli belah baju Raya di Jakel, menjadikan hari tersebut lebih bermakna dan ceria untuk mereka.

USAHA BERTERUSAN AG FOUNDATION

Program Sentuhan Kasih Raya ini mencerminkan komitmen AG Foundation dalam membantu golongan asnaf dan anak yatim melalui pelbagai inisiatif kebajikan. Dengan kerjasama PPZ MAIWP, program ini juga membantu menyebarkan kesedaran tentang zakat melalui instrumen wakalah.

Melalui usaha seperti ini, AG Foundation terus menyebarkan nilai keprihatinan, kasih sayang dan harapan, terutamanya dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

๐Ÿ“ธ LIHAT GAMBAR LAIN DISINI
๐Ÿ“– BACA ARTIKEL LAIN DISINI